MENURUNKAN BERAT BADAN
Ramai di kalangan wanita mencari-cari TIPS mahu menurunkan berat badan dengan kadar segera. Tetapi adakah mereka sanggup berkorban melepas ayam percik di bazar ramadhan, nasi kerabu yang menggiurkan serta murei selepas tarawih yang begitu banyak. Kalau lelaki biasanya inilah peluang untuk mengurangkan keboroian yang dihidapi selama bertahun-tahun. MAAF sebenarnya anda kurang BIJAK jika 30 hari anda jadikan masa untuk bertindak seperti ZORO. Sebenarnya di bulan puasa ini anda perlukan makanan bagi menambahkan tenaga kerana seharian anda tidak menikmati protein serta glukosa yang menyebabkan anda kehilangan banyak tenaga. Jadi, mengikat perut memang terjadi tetapi matlamat belum tentu sekiranya tiap-tiap hari anda makan lebih dari kemampuan. Oleh itu anda perlukan penyelesaian lain yang sesuai di bulan ini.
LETIH TAPI BERBALOI
Puasa cukup meletihkan anda. Tetapi berbaloi jika anda berbuka ala kadar. Duit Jimat, Perut Selamat dan Badan pun kurang berat. Jadi, bagi membekalkan tenaga dapatkan beberapa perkara yang diiklankan di surat khabar dan internet supaya anda tidak terkulai. Biasanya anda boleh lihat kalau orang itu kuat berdiet dan berlapar untuk cantik, mereka akan nampak cengkung pada wajah seperti orang sakit. Kecantikan bukan pada wajah yang cengkung tetapi pada bentuk tubuh yang slimmmmmm.....Jadi, untuk amalan itu carilah Garam Buluh, Lacto Lite dan Teh Imperial untuk mengelakkan anda terus dihimpit kesusahan kerana kekurangan energy.
ELAK MAKAN BERLEBIHAN
Elakkan makan berlebihan terutama sekiranya anda berbuka puasa di hotel. Bayaran RM40 bukan bermaksud anda mentekedarah sehingga RM40. Balik tak larat nak solat tarawih dan ada juga sebu hingga muntah-muntah. Hotel tu nak meniaga...So, elakkan anda makan banyak...Nanti anda juga yang merana.
