Hari ini sudah lebih 15 hari kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ada yang sudah siap berterawih dan ada juga yang baru mula melaksanakannya. Tidak kurang juga yang masih lagi merancang masjid manakah harus dituju bagi menunaikan solat sunat ini. Bagaimanapun si ibu semakin berkira-kira budget untuk memilih kuih dan juga segala persiapan. Kepada yang pandai menjahit syukurlah kerana apa yang dikurniakan Ilahi digunakan sebaiknya demi kepentingan peribadi dan juga keluarga. Namun, yang baru memanaskan oven memasak kuih masih lagi tercari-cari resepi apakah pada tahun ini sama ada Almond London atau kuih Tart...ataupun Batang Buruk kegemaran tradisi Melayu.
Matlamat semakin jelas dan apa yang mahu dipakai tahun ini pasti yang lebih cun. KEBAYA labuh atau KEBAYA ketat jadi pilihan. Jelas AIRBAG di perut tu semakin hari semakin menggelebeh, maklumlah sudah beranak pinak. Takkan nak bentuk macam anak dara yang flat ajer tummynya. Tapi, ada juga anak dara yang belum nikah sudah nampak perut yang membulat. Bukan pregnant la tetapi kerana faktor keturunan di mana ketika ibunya mengandung perut ibu membulat... Watever pun OBESITI bukan pilihan wanita Asia walaupun di Afrika ia merupakan kebanggaan dan pendek kata SEXY (itu pendek yang kata).
Penjagaan Badan & Detoksifikasi
Bulan ini kita ada kurang 15 hari. Jaga badan weiii....kalau tak nanti KEBAYA ketat yang ditempah tidak boleh dimuat turun ke badan. Jadi, kenalah lakukan proses detoksifikasi. DETOX berasal dari perkataan yang cukup sempurna dipakai di PUSAT SERENTI untuk penagih dadah. Di luar pusat kita guna juga untuk digunakan kepada golongan yang ketagih juga, iaitu ketagih makan tidak berhenti. Jika kita menghadapi masalah makan tidak cukup sepinggan @ mentekedarah...jadi eloklah detoks kerana anda sebenarnya mengalami masalah terlebih toksid yang membuatkan sensor pada usus GAGAL berfungsi dengan BAIK! Now....hari ini juga...kena detoks... Tapi siapa peduli kalau anda tidak mahu.. Cuma janganlah malu jika selepas raya nanti dipanggil KATAK GEMUK kerana sayang sangat membela lemak yang sudah lama tersimpan di tubuh. SO, berubah atau rebah....
Keyakinan & Kecantikan
Raya ni biarlah kita yang paling cantik kan... Supaya yang belum dirisik bolehlah dirisik... Yang selalu delay nak nikah dipercepatkan masjid dibina.. Camne pun kecantikan & keyakinan atau sebaliknya saling berkait. Kalau kita pergi interview kerja selalunya orang yang cantik lebih yakin bercakap. Setiap percakapan mereka diberikan perhatian kerana kecantikan sebenarnya memukau. Cantik bukan selekeh tetapi cantik ialah pandai mengenakan pakaian serta make up. Lagi BEST kalau body pun SLIMMMMM sebab dari jauh lagi orang dah tunggu dah...selalu depa dong habaq...Dia dah maiiiii..... So, nape nak takut...Jadilah orang yang cantik. Di India pelakon Hindustan semua cantik-cantik kenapa pula kita di Malaysia takut nak jadi cantik....Apa lagi... Ada Aku Kisah... Jom la...ubah penampilan semoga ANDA BERJAYA.