Monday, August 15, 2011

Mengesan Suami Curang?

Dunia semakin lama semakin terbuka. Ramai wanita semakin takut akan kehadiran Facebook dan laman sosial lain yang boleh menggugat ketenteraman hubungan intim di dalam perkahwinan. Sedar atau tidak suami semakin hari semakin lewat tidur bukan kerana mahu solat tahajud atau tarawih sehingga ke Subuh, malahan qiamulail pun jarang sekali.
AWAS! Sebagai isteri anda mesti sentiasa peka. Persaingan semakin sengit kerana di luar sana ramai lagi awek-awek yang cun dan boleh menggugat keimanan. Jarang sekali kita dengar bahawa lelaki menggoda lelaki melalui laman sosial tetapi lelaki dan wanita adalah aspek terpenting di dalam laman sosial. Terlanjur dan sesat sudah kita dengari di dalam kita mengikuti perkembangan teknologi terkini.
Mungkin penulis dianggap sebagai seorang yang ANTI-SOSIAL tetapi itu semua tidak benar belaka, kerana setiap yang ditulis adalah berdasarkan pengamatan dan analisis yang sering berjalan seiringan sesuai dengan kehendak semasa.
TIPS UNTUK MENGESAN KECURANGAN:
1. Pasangan tidur lewat dan sering mengadap Notebook, Laptop, PC atau apa juga gadjet yang boleh melayari laman sesawang
2. SMS sentiasa dipadamkan agar tidak dapat dikesan dan kadang-kadang dipadamkan semua sebelum sampai di pagar rumah
3. Miss Called atau Panggilan yang diterima sentias bersih sepertia tiada sesiapa yang menghubungi sehingga nombor telefon terima panggilan anda juga dipadamkan
4. Sering keluar malam tidak kira ke kedai mamak untuk menghubungi kekasih gelap
5. Sering pulang kerja lewat sama ada beromen di telefon, di dalam kereta atau juga di tempat-tempat rahsia.
6. Sentiasa tidur bersama Handphone
7. Handphone dalam keadaan silent mode
8. Duit selalu tak cukup
9. Hari cuti selalu sibuk ke tempat kerja
10. Raya ni mungkin tidak balik kampung

Segala Tips yang diberikan ini sekadar tips dan bukan satu kemestian kepada anda untuk terus curiga kepada pasangan anda. Anda mesti ingat, tiada laut yang tidak bergelora... Jadi maafkan jika terdapat sebarang keterlanjuran.