Monday, August 15, 2011

GAYAKAN SHAWL

Eita Menggayakan Shawl
Trend terbaru ramai yang mencari-cari tudung syles apa yang perlu dipakai. Gayakan tudung SHAWL dengan baik semoga tidak seperti Serban Pak Aji atau Mak Cik Limah pergi menoreh getah. Ada aku kisah...Ini dah fesyen le..Takpelah asalkan jangan shawl tu nanti masuk dalam rendang sudahla. Memakai Shawl ni ada banyak cara, ada cara yang mudah iaiatu 1 minit atau cara yang agak lama 15 minit. Jika masa diambil lebih dari 30 minit baik pergi mengikuti kursus penggayaan Shawl di Jom Chantiques. Hakikatnya memakai shawl ini kena berani dan tabah. Ramai orang beranggapan shawl dipakai mahal harganya, tetapi bila dilihat di kedai-kedai harga shawl tidak sampai pun RM10. Ada juga yang mengenakan shawl kain guna, bila dikepala semuanya nampak cantik. Jadi kepada kaum hawa, terbaik dan terjimat kenakan shawl dengan baju kebaya baru anda. Jangan takut kerana anda sebenarnya berani mencuba sesuatu yang baru demi kepuasan. Insyallah Si Abang akan tersenyum lebar, kerana mengenakan shawl adalah teknik paling mudah menampak muka awet muda tanpa perlu mengenakan botox pada wajah. Kesian juga kepada yang tidak menutup kepala terpaksa bermodal berpuluh ribu supaya nampak muda dan ceria... Tahniah muslimah kerana anda sebenarnya peneroka masa depan. Amin...