Monday, August 15, 2011

PILIHAN KAIN LANGSIR 2011

Berkira-kira untuk menukar kain langsir lama ke baru. Ramai yang beranggapan hari raya cukup sinonim dengan kain langsir yang baru.Oleh itu belilah jika ada kemampuan dari segi kewangan. Untuk kakitangan kerajaan sama ada persekutuan mahu pun kerajaan negeri, masing-masing diberikan token duit raya. Dengar khabar RM500. Lepas dapat duit raya ni bertebaranlah ke jalan masjid India atau pun Nilai 3 bagi menjadikan persiapan perayaan Aidilfitri tahun 2011 lebih bermakna. Teringat kisah tentang beli kain langsir...Satu ketika dahulu pernah terjadi apabila kami membeli kain langsir dan siap berjahit bertema warna maroon... Jadi dengan penuh kegembiraan kami terus sahaja menggantungkan sehari sebelum Syawal menjelma. Anak-anak penuh keriangan bertakbir dan bermain bunga api. Alhamdulillah dapat juga kami langsir baru setelah hampir 2 tahun tidak bertukar. Seperti biasa juadah hari raya sudah disiapkan.. Pada syawal pertama kami sekeluarga tidak pulang ke Kota Bharu, maklumlah budget TOL dah abis sebab membeli kain langsir baru. Huhuhuhuhu... Jadi kami sambut hari raya di Kuala Lumpur. Selepas solat Aidilfitri aktiviti kunjung mengunjung mulai bermula, di mana anak-anak serta kaum keluarga jiran tetangga hadir bertandang. Pada mulanya kami menyambut dengan senyuman, dan syukur juga tema baju raya kami tidak sama. Kami sekeluarga mengenakan pakaian berwarna kuning keemasan...manakala jiran sekeluarga mengenakan warna merah.. Setelah masuk ke ruang tamu maka jiran pun terus sahaja meluru masuk dan duduk. 3 minit sebelum sempat kami berbual mesra maka mereka sekeluarga terus sahaja meminta diri. Kami agak terkejut...namun sempat juga anak kami yang bongsu menegur jiran kami...eh baju aunty sama la dengan kain langsir... Lantas jiran kami terus sahaja keluar tanpa menoleh kiri dan kanan... Huhuhuhu...amat terharu...Jadi kepada yang rasa-rasa nak tukar kain langsir biarlah berbunga...elakkan ambil yang plain...kerana bahaya juga apabila terdapat insiden yang tidak diingini.