Ini merupakan topik hangat. Kalau di bulan Puasa jangan dibincangkan panjang lebar. Takut nafsu jadi tidak terkawal. Eh...apa pulak..asalkan tidak menaikkan nafsu puasa tidak terbatal. Tapi, kena juga bincangkan kerana hubungan ini yang menjamin kebahagiaan rumah tangga. Ramai orang tidak mengendahkan hubungan ini sehingga ada yang terpaksa mengambil haluan masing-masing demi mengecapi kebahagiaan hidup. Adakah betul cara itu atau kerana mengikut nafsu amarah. Huuuuuhhhh... memang pedas dan tajam. Baik untuk kaum Hawa mahupun kaum Adam. Masing-masing ada yang diingini tapi apakah perkara itu? Adakah nafakah zahir dan batin atau adakah kepuasan bershopping? Cuba kita kupaskan supaya menjadi panduan. Pakailah sekiranya perlu. Tak perlu jangan guna.
APA SUAMI MAHU?
Ramai suami mahukan isteri yang baik dan menurut perintah. Sebenarnya kita kaji sedikit tentang wanita dan Hawa sejak kisah Nabi Adam diciptakan lagi. Sebenarnya Hawa diciptakan dari tulang rusuk sebelah kira Nabi Adam A.S. Disebabkan itu sehingga kini seorang lelaki tidak sempurna tanpa wanita kerana sebelah kiri tulang rusuknya hilang satu batang. Oleh itu kaum wanita pelengkap kepada kesempurnaan lelaki normal. Jika lelaki itu tidak normal...maka kena la buat x-ray...semak betul-betul. Lelaki mahukan wanita itu cantik didepan mata apatah lagi berada diatas ranjang yang sama. Aduh...parah ni... Seorang lelaki mahukan wanita yang rajin membantu sama ada dari segi tugas mahu pun kewangan. Seorang lelaki mahukan wanita penyayang dan seorang lelaki mahukan wanita pandai masak serta boleh mengurus rumah tangga. Hakikat sebenarnya seorang lelaki ini mahukan teman dikala gembira dan duka...itulah ketika para Nabi diutuskan wanita berada bersamanya dan dipetika menjadi ISTERI MITHALI.. Oleh itu kepada para Isteri, sabar ya.. kerana anda memang diberikan kesabaran melayan kerenah kaum Adam yang selalu tidak pernah puas dalam erti kata kehidupan.
APA ISTERI TUNGGU?
Isteri pulak bukan ada kurangnya...selalu menunggu sehingga kadang-kadang terlupa pulak tiba masa suami pulang kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak terlayan suami itu. Bukan apa pun...anak-anak dan juga kadang-kadang persiapan untuk hari raya. Sang suami kena peka kehendak isteri pula.. Langsir baru, baju baru, handbag baru dan macam-macam baru. Semua itu keperluan si isteri. Jika tiada...jangan cakap kita raya ala kadar ajer... merajuk sampai terpaksalah tidur sendirian berteman bantal golek... Padan muka suami. Jadi ingatlah nafsu wanita ada 9 dan nafsu lelaki 1 ajer... So, banyak nak kena pastikan bahawa wanita ini perlukan belaian kasih sayang serta bermacam-macam lagi. Wanita paling pantang jika mereka digelar alat memuaskan nafsu SEKS (Opsss...bulan puasa ni). Jadi, elakkan terus menerjah ke alam itu kerana mereka mahukan intro-intro lain sebelum lelaki menuju ke destinasi nafsu yang 1 ajer itu. Camner nak buat ni. Kenalah ada negotiation dan diplomasi yang cukup mantap. MOU paling penting... Sebab jika ada token, barulah ikhlas itu ada... Jangan marah si isteri ya... Ini salah satu cara bagaimana menangani kebahagiaan dan bukan bermaksud RAHSUAH...
Kesimpulannya apa juga yang mahu dilakukan kena ada muafakat. Jangan terlalu ikut nafsu dan perasaan. Allah SWT menjadikan akal dan fikiran supaya keputusan dan tindakan dilakukan itu penuh kewarasan tanpa perlu bertindak diluar dugaan. PASTIKAN suami jangan jadikan ISTERI tempat melepaskan KEMARAHAN dan KESUSAHAN kerana ISTERI bukan TONG SAMPAH! Insyallah kehidupan kita akan bahagia hingga ke akhir hayat. Wasalam